Pemeriksaan cerun adalah salah satu aktiviti penyenggaraan dan pemantauan untuk cerun-cerun yang berisiko tinggi. Kaedah konvensional yang digunakan untuk pemantauan pada masa kini amat berbahaya kerana pekerja perlu mendaki bukit untuk mendapatkan data dimana ianya boleh berlakunya kemalangan yang serius. Maka, kaedah UAV fotogrametri telah digunakan sebagai alternatif untuk memeriksa keadaan cerun secara visual. Kajian ini dijalankan dengan merakam imej dengan pesawat Unmanned Aerial Vehicle (UAV) dan aplikasi Pix4DCapture dan diproses dengan menggunakan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) akan diproses dengan menggunakan Pix4Dmapper untuk menghasilkan imej orthomosaic, model rupa bumi digital (DTM) dan model permukaan digital (DSM). Seterusnya daripada data imej itu ianya dapat menghasilkan tiga analisis iaitu penentuan cerun, kecacatan cerun dan kawasan tadahan air dengan menggunakan perisian Global Mapper. Hasil kajian ini menunjukkan kelas cerun di Bukit Putus bagi kedua-dua cerun adalah melebihi 35° iaitu kategori G yang merupakan kawasan yang mempunyai cerun yang sangat curam. Analisis kecacatan cerun dalam kajian ini mempunyai dua jenis iaitu rekahan dan litupan tumbuhan. Terdapat lima rekahan dan lapan litupan tumbuhan pada kedua-dua cerun tersebut. Seterusnya, kawasan tadahan air juga dapat ditentukan dimana setiap arah aliran air melalui saluran yang betul dan menuju terus ke kawasan longkang
Mazani et al. (Wed,) studied this question.