Mantera merupakan elemen sosio-budaya masyarakat. Dalam konteks masyarakat Kenyah tradisional, mantera dipelajari dan dipindahkan kepada ahli-ahli masyarakat melalui penggunaan bahasa lisan dan ritual berkenaan mantera diamalkan dalam kehidupan harian seperti budaya bertanam padi dan budaya penyembuhan. Melalui mantera, corak pemikiran dan budaya masyarakat Kenyah diteliti sebagai usaha merungkai tradisi mantera tradisional dan perubahan yang berlaku akibat agen transformasi sosial seperti pengenalan agama Kristian, pendidikan formal dan perkhidmatan bioperubatan, budaya berasaskan wang dan penggunaan teknologi. Kajian menunjukkan amalan budaya mantera didapati dalam pelbagai aspek sosio-budaya seperti adat resam dan pantang larang, perubatan, pertanian, dan kepahlawanan. Walau bagaimanapun budaya mantera hampir pupus kerana budaya berkenaan hanya diamalkan oleh golongan tua.
Liau Juna (Wed,) studied this question.