Industri pembinaan adalah salah satu industri yang berkembang pesat kerana bangunan pencakar langit lebih tinggi permintaan. Nilai harta tanah semakin meningkat dan inilah sebabnya syarikat pembinaan kini mengusahakan reka bentuk yang mesra alam, kurang ruang tetapi menyediakan lebih banyak kemudahan dalam julat harga yang berpatutan. Untuk menjadikan semua ini berlaku, sangat penting untuk mempunyai sistem pengurusan yang betul. Dengan penggunaan teknologi dan menggabungkan dengan pengurusan yang lebih baik, kini semuanya menjadi lebih mudah. Langkah sederhana namun sangat berkesan dalam hal ini adalah dengan menggunakan pemodelan maklumat bangunan atau BIM. Permasalahan kajian ini adalah sebilangan besar individu tidak menyedari manfaat BIM dan mereka hanya menganggap ia adalah teknologi atau bentuk 3D yang dirancang sebelum pembinaan. Walau bagaimanapun, BIM lebih daripada sekadar gambar 3D, ia adalah model yang disertakan bersama keterangan digital yang menangani projek fizikal. Objektif utama kajian adalah untuk mengenalpasti perisian BIM yang digunakan oleh pemain industri pembinaan. Responden kajian terdiri daripada pemain industri pembinaan di Selangor. Kajian yang dijalankan berbentuk kuantitatif dengan menggunakan instrumen borang soal selidik. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27.0. Hasil kajian mendapati penggunaan perisian BIM yang sering digunakan ialah Auutodesk AutoCAD dan Autodesk Revit. Oleh itu, hasil kajian ini akan memberi manfaat kepada para pemain industri pembinaan, para pelajar yang terlibat dalam bidang pembinaan dan para siswazah sebelum memasuki alam pekerjaan mengenai perisian BIM yang berguna
Building similarity graph...
Analyzing shared references across papers
Loading...
Farisha Aqillah Zuraidi
Mohd Yamani Yahya
Building similarity graph...
Analyzing shared references across papers
Loading...
Zuraidi et al. (Sun,) studied this question.