Persoalan falsafah seharusnya tidak dilihat begitu sahaja sebagai manifestasi yang terhasil daripada pemikiran dan penulisan, tetapi sebagai satu visual, dan topik utama diskusi kita – sebagai animasi. Falsafah, seperti sedia maklum, ialah secara amnya ‘mencintai kebijaksanaan.’ Untuk membuahkan animasi sebagai falsafah, kita mesti menelurusi jalan pemikiran yang lebih kritikal, lebih abstrak, lebih puitis lagi terbuka. Animasi memberikan kuasa lain daripada medium penulisan; ia adalah realiti yang ada bahasanya sendiri; dengan komposisi warna, ruang, pergerakan, bunyi yang membangkitkan pengalaman dan perasaan yang unik, yang lebih segera. Soalan- soalan berkaitan yang turut dibincangkan adalah seperti: Apakah contoh-contoh terbaik produksi animasi yang sedia ada yang mengghairahkan pemikiran? Apakah elemen-elemen yang menjadikan sesuatu karya animasi sebagai falsafah? Apakah kepentingannya dengan menghampirkan animasi kepada kefalsafahan?
No takes yet. Share an insight, caveat, or question.
Fauzi Naeim Mohamed (2024) studied this question.
Synapse has enriched 5 closely related papers on similar clinical questions. Consider them for comparative context: