Qualitative analysis discusses views of Mazhab Al-Syafie on conditional hibah, indicating differing interpretations.
Hibah al-Umra merupakan suatu pemberian yang disandarkan kepada umur atau jangka hayat seseorang sama ada pemberi hibah atau penerima hibah. Hibah al-Ruqba pula merujuk kepada pemberian hibah yang disandarkan kepada tempoh hidup atau jangka hayat kedua-dua pemberi dan penerima hibah. Kajian ini membincangkan berkenaan pandangan-pandangan fuqaha mazhab al-Syafie berkenaan dengan hibah bersyarat yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliyya, iaitu hibah al-Umra dan hibah al-Ruqba. Kaedah yang digunakan untuk menghasilkan perbincangan ini adalah menggunakan kaedah kualitatif, iaitu kaedah pengumpulan data dari pelbagai sumber buku. Rujukan utama bagi penulisan ini ialah kitab-kitab turath. Perbincangan hasil kajian ini ialah perbezaan pandangan dalam kalangan fuqaha mazhab yang terbit daripada perbezaan tafsiran dan kefahaman terhadap hadis-hadis umra dan ruqba sama ada berpegang secara mutlak kepada nas-nas hadis tersebut atau mentakwilkannya. Hal ini bermakna makna pemilikan (tamlik) yang terkandung dalam hadis-hadis membawa maksud kepada pemilikan ke atas zat barang ataupun ke atas manfaat sahaja.
No takes yet. Share an insight, caveat, or question.
Daud et al. (2021) studied this question.
Synapse has enriched 5 closely related papers on similar clinical questions. Consider them for comparative context: