Key points are not available for this paper at this time.
This paper attempts to analyse the possibility of collaboration of waqf in agricultural land development realizing the farmers’ financial problems in developing their land. The early Muslims made contracts among themselves as individuals without banks, self-regulated by their adherence to shariah. However, it can be argued that these days the money lenders or banking institutions have established themselves as the most easily accessible source of financing. Therefore, the fruits of transaction in the real world depend very much on the religious sincerity of the bankers. Unfortunately, the bank is an institution, not an individual, and is unlikely to favour transactions involving mutual trust and risk. Accordingly, it seems that another practical way to ensure the implementation of Islamic instruments that would really help rural economies like agriculture in developing countries would be to establish Islamic trusts (waqf) specifically designed for the purpose. It is believed, eventually, that appropriate charitable institutions could be approached to create, administer and develop trust property to be utilized to cater specific needs of Islamic societies. Keywords: Waqf; Islamic financing; agricultural land ABSTRAK Menyedari adanya masalah kewangan yang dialami oleh petani dalam membangunkan tanah mereka, maka kertas ini menganalisis peluang kerjasama dalam membangunkan tanah pertanian dengan menggunakan konsep wakaf. Masyarakat Islam pada zaman dahulu akan membuat kontrak antara mereka secara individu iaitu tidak melibatkan pihak bank dan ianya dikawal selia oleh mereka sendiri berdasarkan prinsip syariah. Walaubagaimanapun, pada masa kini dengan tertubuhnya institusi perbankan dan pemberi pinjaman wang berlesen, maka ianya menjadi sumber pembiayaan yang paling mudah kepada masyarakat. Oleh itu, segala transaksi dalam realiti sebenar dunia banyak bergantung kepada ketelusan pihak bank. Namun, bank adalah merupakan sebuah institusi dan bukannya sebagai individu dan tidak mungkin terlibat dalam urus niaga yang melibatkan kepercayaan dan risiko bersama. Oleh itu, terdapat cara yang praktikal bagi memastikan pelaksanaan instrumen Islam yang dapat membantu meningkatkan ekonomi luar bandar terutamanya aktiviti pertanian di negara-negara membangun iaitu dengan menubuhkan amanah Islam (wakaf) yang direka khusus untuk tujuan tersebut. Kajian ini mendapati bahawa institusi kebajikan yang bersesuaian boleh mencipta, mentadbir dan membangunkan harta amanah yang akan digunakan bagi menampung keperluan khusus masyarakat Islam. Kata kunci: Wakaf; pembiayaan Islam; tanah pertanian
Shafiai et al. (Thu,) studied this question.