Global environmental education has long been introduced as early as the 18th century, but in Malaysia, it still can be considered as a new start, in the year 1979. Since then, various plans and programs have been implemented to produce environmentally literate society, involving school, local and international community. However, awareness and attitudes towards the environmental sustainability amongst Malaysians are still far behind compared to some other developed countries such as Japan, South Korea and Australia, though we are getting closer to the goal of Vision 2020 to become a developed country. Environmental education taught in primary schools in Malaysia is a cross-curricular subject, but its effectiveness on the level of knowledge, awareness and attitude of the environment amongst students are still low. Therefore, this research will identify: (i) the relationship between environmental education with outdoor education, and (ii) the importance and impact of this relationship to increase students’ knowledge, awareness and attitude of the environment. The objective of this study is to generate an understanding of the implementation of outdoor education as an effective method and why it is said to be one of the best ways to educate children about the environment. Based on case studies in Malaysia, the level of knowledge and awareness of school children on the environment are presented. Results of these studies are useful for the development of effective implementation of environmental education programs. The last part outlines the importance of outdoor education to teach environmental education to pupils in primary schools. Keywords: Environmental education; knowledge and awareness of the environment; school children; outdoor education ABSTRAK: Pendidikan alam sekitar global telah lama diperkenalkan pada awal abad ke-18, tetapi di Malaysia ia masih boleh dianggap sebagai satu permulaan yang baru, iaitu pada tahun 1979. Sejak itu, pelbagai rancangan dan program telah dilaksanakan untuk menghasilkan masyarakat yang celik alam, sama ada di peringkat sekolah, masyarakat dan penglibatan antarabangsa. Walau bagaimanapun, kesedaran dan sikap terhadap alam sekitar dalam kalangan rakyat Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding dengan negara-negara maju yang lain seperti Jepun, Korea Selatan dan Australia sedangkan kita semakin hampir dengan matlamat Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju. Pendidikan alam sekitar diajar di sekolah rendah di Malaysia secara merentas kurikulum, tetapi adalah agak mengecewakan apabila tahap pengetahuan, kesedaran dan sikap terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar masih rendah. Oleh itu, kajian ini akan mengenal pasti: (i) hubungan antara pendidikan alam sekitar dengan pendidikan luar, dan (ii) kepentingan dan kesan hubungan ini kepada peningkatan pengetahuan, kesedaran dan sikap terhadap alam sekitar. Kajian ini adalah untuk menjana pemahaman tentang pelaksanaan pendidikan luar sebagai kaedah yang berkesan dan mengapa ia dikatakan sebagai salah satu cara terbaik untuk mendidik anak-anak tentang alam sekitar. Berdasarkan kajian kes di Malaysia, tahap pengetahuan dan kesedaran murid sekolah terhadap alam sekitar akan dibentangkan. Keputusan kajian ini adalah berguna untuk pembangunan keberkesanan pelaksanaan program pendidikan alam sekitar. Bahagian terakhir makalah ini menggariskan kepentingan pendidikan luar untuk mengajar pendidikan alam sekitar kepada murid-murid di sekolah rendah. Kata kunci: Pendidikan alam sekitar; pengetahuan dan kesedaran alam sekitar; kanak-kanak sekolah; pendidikan
No takes yet. Share an insight, caveat, or question.
Abdullah et al. (2018) studied this question.