The Malaysian government has strongly encouraged Malaysia’s public universities to seek additional sources of income to assure the sustainability of their finances. Endowment is one of the sources encouraged by the government for implementation by these universities. This encouragement has received a positive response from public universities: all of them have now implemented endowment funds. However, the strategies used by these institutions in managing these funds are still poorly documented. Therefore, this study was conducted to explore the strategies used by Malaysian public universities in managing such funds. It is a qualitative study conducted by interviewing six representatives from selected public universities: Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) and Universiti Teknologi Malaysia (UTM). These public universities were selected because they recorded the highest collection of endowment funds. This study found that the strategies in managing endowment funds in Malaysian public universities include diversified investment portfolios, the appointment of investment experts, Shariah-compliant investments as an alternative, and diversified income sources. Keywords: Strategies; management; endowment fund; public universities; Malaysia ABSTRAK Kerajaan Malaysia sangat menggalakkan universiti-universiti awam dalam negara ini untuk mencari sumber pendapatan tambahan agar kewangan mereka mampan. Endowmen merupakan salah satu sumber yang digalakkan oleh kerajaan untuk dilaksanakan oleh universiti-universiti ini. Galakan kerajaan ini mendapat sambutan positif daripada semua universiti-universiti awam apabila mereka telah melaksanakan dana ini pada masa masa kini. Walau bagaimanapun, strategi-strategi yang digunakan oleh mereka dalam menguruskan dana ini masih belum banyak didedahkan dalam kajian-kajian sebelum ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meneroka strategi yang digunakan oleh universiti-universiti awam di Malaysia dalam menguruskan dana tersebut. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menemubual enam orang wakil daripada universiti-universiti awam terpilih: Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Universiti-universiti ini dipilih kerana mereka mencatat kutipan dana endowmen tertinggi. Kajian ini mendapati bahawa strategi dalam menguruskan dana endowmen di universiti-universiti awam di Malaysia merangkumi portfolio pelaburan yang pelbagai, pelantikan pakar pelaburan, pelaburan patuh Syariah sebagai alternatif, dan sumber pendapatan yang pelbagai. Kata kunci: Strategi; pengurusan; dana endowmen; universiti-universiti awam; Malaysia
No takes yet. Share an insight, caveat, or question.
A 2021 study studied this question.