Answers are grounded in this paper and cite their sources.
ABSTRAK "Morel-Lavallee lesion" adalah kecederaan tisu lembut yang berlaku akibat daripada daya trauma pada permukaan kulit.Ini menyebabkan permisahan lapisan kulit and tisu subkutaneus dan menghasilkan darah beku.Laporan kes ini menggambarkan seorang pesakit lelaki berusia 22 tahun yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.Dia mengadu kesakitan dan bengkak pada bahagian belakang badan.Dia telah dirawat sebagai kecederaan tisu lembut dan dimasukkan ke hospital untuk mengawal tahap kesakitan kecederaan.Pada hari pertama selepas kemalangan, bahagian belakang badan pesakit semakin membengkak.Tahap hemoglobin pesakit menurun dari 12.2 g/dL ke 10.7 g/dL.Diagnosis "Morel-Lavallee lesion" telah dibuat.Pada mulanya tiada prosedur pembedahan dirancang.Walau bagaimanapun, memandangkan kebengkakan semakin meningkat, prosedur aspirasi di sisi katil dan sedutan melaui kateter jenis ekor-khinzir telah dibuat untuk mengalirkan darah beku.Jumlah cecair darah beku dikeluarkan adalah sebanyak 2.05 liter.
No takes yet. Share an insight, caveat, or question.
Tan Toh Leong (2017) studied this question.
Synapse has enriched 5 related papers. Consider them for comparative context: