Literature analysis reveals the dynamics of superstitions among Malaysia's Generation Z, highlighting cultural and religious influences.
Gejala tahyul dan mistik masih wujud dalam masyarakat moden. Hal ini berlaku walaupun khalayak berhadapan dengan rasionalisasi, pendidikan formal dan kemajuan teknologi. Dalam konteks Malaysia, Generasi Z yang dibesarkan dalam persekitaran digital dan berbilang budaya berdepan persoalan dalam menilai naratif tahyul dan mistik dalam ruang sosio-agama semasa. Artikel ini bertujuan menyediakan analisis konseptual menyeluruh mengenai tahyul dan realiti mistik dalam kalangan Generasi Z Malaysia melalui pendekatan berasaskan literatur. Kajian ini tidak melibatkan pengumpulan data empirikal, sebaliknya menggunakan sumber terpilih yang merangkumi karya sarjana tempatan dan serantau dalam bidang akidah, sosiologi agama, kajian budaya serta teori generasi. Analisis literatur menumpukan pembentukan konsep tahyul dan mistik, hubungannya dengan akidah Islam serta pengaruh media digital, globalisasi dan pendidikan agama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemikiran tahyul dan trend mistik dalam kalangan Generasi Z Malaysia bersifat dinamik. Kupasan ini bergerak antara penolakan rasional, penyesuaian budaya dan penilaian semula berasaskan kefahaman agama. Selain itu, literatur menekankan bahawa pendedahan kepada media digital dan arus global mempengaruhi cara generasi muda menilai dan mengkritisi kepercayaan tradisional. Artikel ini menyumbang kepada penggayaan perspektif akademik dengan menyediakan kerangka konseptual yang boleh digunakan sebagai asas perbincangan lanjut mengenai hubungan antara budaya, agama dan generasi muda dalam komuniti Muslim kontemporari di Malaysia. Secara keseluruhan, kajian ini menegaskan kepentingan pendekatan analisis konseptual berasaskan literatur dalam memahami perkembangan sosio-agama yang kompleks khususnya apabila pengumpulan data empirikal tidak dijalankan atau tidak diperlukan.
No takes yet. Share an insight, caveat, or question.
Mohamad Murad Mahyudin Muheji (2026) studied this question.
Synapse has enriched 5 closely related papers on similar clinical questions. Consider them for comparative context: