Al-Quran dan Sunnah merupakan dua sumber utama syariat Islam yang saling melengkapi dengan al-Quran memberikan prinsip umum manakala Sunnah berfungsi sebagai penjelasan praktikal. Walau bagaimanapun, dalam konteks kontemporari Malaysia, timbul permasalahan seperti penolakan autoriti Sunnah oleh gerakan Quraniyyun serta penyebaran hadis palsu melalui media sosial yang menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Kajian ini meneliti kedudukan Sunnah sebagai sumber hukum Islam kedua selepas al-Quran dengan merujuk ayat-ayat yang menegaskan ketaatan kepada Rasulullah SAW sebagai pelengkap wahyu. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis tematik terhadap teks al-Quran dan literatur sarjana Malaysia seperti Mohd Asri Zainul Abidin (2016) serta Zulkiple Abd Ghani (2021). Objektif utama adalah menjelaskan konsep Sunnah, menilai fungsinya dalam menjelaskan al-Quran serta menangani cabaran kontemporari seperti penolakan gerakan Quraniyyun dan penularan hadis palsu. Dapatan menunjukkan bahawa al-Quran secara jelas mengiktiraf autoriti Sunnah melalui ayat seperti Surah al-Hashr (59:7) dan al-Nisa’ (4:59), sekali gus menolak pandangan yang menafikan kedudukannya. Cabaran semasa seperti penolakan Sunnah dan penggunaan hadis daif menuntut pendekatan ilmiah serta pendidikan hadis yang lebih sistematik. Kajian ini mencadangkan strategi praktikal antaranya pengukuhan kurikulum pendidikan hadis di universiti, penganjuran platform dialog oleh ulama serta kempen kesedaran digital untuk meningkatkan literasi Sunnah dalam kalangan masyarakat Malaysia. Secara keseluruhan, kajian ini menyumbang kepada wacana tafsir dan hadis di Malaysia dengan menegaskan hubungan erat antara al-Quran dan Sunnah dalam menghadapi cabaran semasa.
No takes yet. Share an insight, caveat, or question.
Muheji et al. (2025) studied this question.
Synapse has enriched 5 related papers. Consider them for comparative context: