Answers are grounded in this paper and cite their sources.
Tujuan utama kajian ini adalah untuk (1) mengukur tahap kefahaman ketua agama (Islam dan Kristian) terhadap konsep asas dialog antara agama, (2) menganalisa faktor disebalik pemahaman yang dibina, dan (3) menganalisa kesan-kesan terhadap perhubungan sosial mereka. Kajian ini menggunakan kaedah Persampelan Bertujuan (Purposive Sampling) dalam menentukan responden yang bersesuaian, dimana jumlah responden Islam dan Kristian adalah masing-masing 36 dan 37. Pengkaji menggunakan kaedah soalselidik dalam mengumpul maklumat dan Skala Likert (Likert Scale) (1-5) digunakan dalam mengukur tahap kefahaman dan kesannya, yang dibangunkan sebagai “Skala Tahap Kefahaman Dialog (SKTD)” dan “Skala Kesan Hubungan Sosial (SKHS)”. Pengkaji juga menggunakan Kaedah Perbandingan Tetap (Fixed Comparison) dan Analisis Matriks dalam menganalisa data, dimana keputusannya adalah bersifat deskriptif. Kesimpulan penting yang diperolehi daripada kajian ini, (1) tahap kefahaman ketua agama Islam dan Kristian adalah sama kerana kedua-duanya berada dalam kategori “Faham (F)”, iaitu tahap keempat dalam Skala Tahap Kefahaman Dialog (STKD).(2) Faktor utama yang menyumbang kepada pemahaman itu ialah (a) Faktor 1 (F1): tahap pendidikan / pendidikan formal dalam agama, (b) Faktor 2 (F2): mempunyai pengalaman terlibat dalam aktiviti dialog antara agama, dan (c) Faktor 3 (F3): tahap keagamaan. (3) Walaupun tahap kefahaman adalah sama bagi kedua-dua kumpulan responden tetapi Ketua Agama Kristian mendapat skala “Tinggi (T)” dalam pengukuran kesan kefahaman terhadap hubungan sosial. Sebaliknya Ketua Agama Islam berada di tahap pertengahan iaitu “Sederhana (S)” berdasarkan kepada Skala Kesan Hubungan Sosial (SKHS). Menggunakan Analisis Matriks, keputusan menunjukkan perkaitan antara pemahaman terhadap konsep asas dialog antara agama dengan perhubungan sosial responden tetapi ianya dicetuskan oleh beberapa faktor bagi setiap kumpulan responden. Kajian ini juga mendapati bahawa Faktor 4 (F4): Faktor Polisi Semasa (organisasi) mempunyai kewajaran yang tinggi yang menyebabkan keseluruhan impak sederhana terhadap perhubungan sosial Ketua Agama Islam menyebabkannya berada pada skala “Sederhana (SD)”. Ketua Agama Kristian pula sebaliknya mendapat skor “Tinggi (T)” terhadap hubungan sosial mereka yang disumbangkan oleh Faktor 1 (F1): Tahap pendidikan / pendidikan formal dalam agama dan Faktor 4 (F4): Faktor polisisemasa (organisasi).
No takes yet. Share an insight, caveat, or question.
Karim et al. (2014) studied this question.
Synapse has enriched 10 related papers. Consider them for comparative context: