Fansubbing is an audiovisual translation produced by a group of fans. The Korean Wave has led to the emergence of fansubber groups involving the fans of Korean entertainment shows or groups of Korean artists. The flourishing Korean fansubbing has consequently created space for a debate on translational action. Holz-Manttari’s translational action model was proposed as a guide in analysing the translation participants and their roles in translation activities. By understanding this notion, ideally a translation product that suits the target audience will be able to produce. In relation to this, the writing will look into the participants’ profiles and the role of the participants involved in fansubbing activities. This writing will also discuss the translation norms, particularly the professional norms as presented by Chesterman in his articles published in 1993 and 1997, as it is part of the objective of the study. The findings of the study were collected through an online questionnaire conducted on two fansubber groups who produced English subtitles for two groups of Korean artists. The feedback revealed that the fansubber groups has a systematic work structure. The role of the participants involved also clearly indicated the translational action that occurred in the fansubbing activities and even managed to display the professional norm practiced by the fansubber community. Penyarikataan peminat (fansubbing) merupakan terjemahan audiovisual yang dihasilkan oleh kelompok peminat. Gelombang Korea telah membawa kepada kemunculan kumpulan penyari kata peminat (fansubber group) yang disertai oleh peminat bagi sesuatu rancangan hiburan Korea atau kumpulan artis Korea. Kerancakan aktiviti penyarikataan peminat Korea secara langsung memberi ruang kepada perbincangan tindakan terjemahan (translational action). Holz-Manttari mengemukakan model tindakan terjemahan sebagai panduan yang memaparkan perihal peserta dan peranan peserta yang terlibat dalam sesuatu aktiviti penterjemahan. Melalui pemahaman tentang gagasan ini, produk terjemahan yang sesuai dengan pembaca sasaran akan dapat dihasilkan. Sehubungan dengan ini, makalah ini akan membincangkan tentang peserta dan peranan peserta yang terlibat dalam aktiviti penyarikataan peminat. Kupasan tentang norma terjemahan yang bertumpu kepada norma profesional seperti yang dikemukakan oleh Chesterman dalam tulisannya yang diterbitkan pada tahun 1993 dan 1997, yang merupakan sebahagian daripada objektif kajian, turut dibincangkan dalam penulisan ini. Dapatan kajian diperoleh menerusi soal selidik dalam talian yang dilakukan terhadap dua kumpulan penyari kata peminat yang menghasilkan sari kata bahasa Inggeris bagi dua buah kumpulan artis Korea. Maklum balas peserta dalam konteks penyarikataan ini menunjukkan struktur kerja kumpulan penyari kata peminat adalah bersistematik. Peranan responden yang terlibat juga jelas menunjukkan tindakan terjemahan yang hadir dalam aktiviti penyarikataan peminat, malah turut menampilkan norma profesional yang diamalkan oleh komuniti penyari kata peminat.
No takes yet. Share an insight, caveat, or question.
Kahar et al. (2025) studied this question.
Synapse has enriched 3 closely related papers on similar clinical questions. Consider them for comparative context: