Answers are grounded in this paper and cite their sources.
Reservoir Bukit Merah ialah salah satu takungan air yang tertua di Semenanjung Malaysia dan menjadi lokasi masyarakat tempatan menjalankan kegiatan penangkapan ikan.Aktiviti perikanan daratan penting bagi individu, masyarakat dan juga persekitaran kerana kegiatan ini dapat menjana sumber pendapatan dan memberi jaminan makanan.Nilai nutrisi ikan yang ditangkap di lokasi ini, terutamanya kandungan asid lemak, penting untuk diketahui, agar potensi terhadap peningkatan kesihatan manusia secara am dapat didemonstrasikan.Daripada senarai asal yang mengandungi 47 spesies ikan yang dijumpai di Reservoir Bukit Merah, sejumlah tujuh spesies ikan air tawar yang boleh dimakan telah dikenal pasti, iaitu lampam sungai (Barbonymus schwanenfeldii), lampam jawa (Barbonymus gonionotus), sebarau (Hampala macrolepidota), temperas (Cyclocheilichthys apogon), lalang (Oxygaster anomalura), haruan (Channa striata) dan pasir (Acantopsis dialuzona), dan kandungan asid lemak otot telah dianalisa untuk menentukan nilai nutrisi masing-masing.Otot ikan siprinid mengandungi lebih jumlah asid lemak politaktepu rantai panjang omega-3 (LC-PUFA) berbanding ikan daripada famili Channidae dan Cobitidae.Kandungan gabungan asid eikosapentaenoik (EPA) dan dokosaheksaenoik (DHA) yang tertinggi telah direkod pada otot ikan lampam jawa dan lampam sungai, ini menunjukkan kandungan nutrisi tertinggi berbanding spesies lain.Ikan haruan, iaitu sejenis pemangsa bersifat karnivor, mengandungi tahap LC-PUFA yang rendah berbanding ikan yang bersifat detrivor/herbivor.Hal ini menunjukkan bahawa kandungan asid lemak politaktepu (PUFA) omega-3 dalam otot ikan berbeza dan mengikut tabiat pemakanan mereka.
No takes yet. Share an insight, caveat, or question.
Jaya-Ram et al. (2018) studied this question.
Synapse has enriched 10 related papers. Consider them for comparative context: