Key points are not available for this paper at this time.
Modul Kelompok Bimbingan Integrasi REBT-Tazkiyah An-Nafs dibina untuk membimbing pelajar Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat di Darul Quran, JAKIM bagi meningkatkan motivasi, kecerdasan emosi dan resiliensi. Modul Kelompok Bimbingan Integrasi REBT-Tazkiyah An-Nafs mengandungi tujuh submodul berasaskan pendekatan tingkah laku berdasarkan teori Rational Emotive Behaviour Therapy (REBT) oleh Albert Ellis dan diintegrasikan dengan Tazkiyah An-Nafs oleh Al-Ghazali. Bagi mengukur kesahan kandungan, kaedah perakuan oleh 13 orang pakar telah digunakan manakala 30 orang pelajar Diploma Tahfiz semester 2 telah dipilih untuk mengikuti kelompok bimbingan menggunakan modul ini selama lapan minggu berturut-turut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Modul Kelompok Bimbingan Integrasi REBT-Tazkiyah An-Nafs mempunyai nilai indeks kesahan kandungan yang tinggi iaitu .90, nilai pekali Cronbach’s Alpha Modul Kelompok Bimbingan Integrasi REBT-Tazkiyah An-Nafs adalah tinggi iaitu .97. Kesimpulanya, Modul Kelompok Bimbingan Integrasi REBT-Tazkiyah An-Nafs merupakan satu sumbangan baharu kepada pengamal bimbingan dan kaunseling di Malaysia serta sesuai digunakan dalam konteks tempatan. Modul ini boleh digunakan oleh Kaunselor, Guru mahupun fasilitator sebagai salah satu alternatif intervensi terhadap pelajar sekolah menengah mahupun di institusi pengajian tinggi. ----------------------- The module “Modul Kelompok Bimbingan Integrasi REBT-Tazkiyah An-Nafs” is constructed to guide students doing a diploma program in ‘Tahfiz in Darul Quran’ to improve their motivation, emotional intelligence and resilience. “Modul Kelompok Bimbingan Integrasi REBT-Tazkiyah An-Nafs” consists of seven sub-modules based on the Behavioural Approach of Rational Emotive Behaviour Therapy (REBT) by Albert Ellis and is integrated with the concept of ‘Tazkiyah An-Nafs by Al-Ghazali’. To evaluate the content validity, thirteen experts are asked to assess the module while 30 students of ‘Tahfiz in Darul Quran’ class who are in their second semester were chosen to participate in the study for eight consecutive weeks. Findings indicate that “Modul Kelompok Bimbingan Integrasi REBT- Tazkiyah An-Nafsi” has a high content validity index of 0.90. Besides that, the overall Cronbach’s Alpha value is high, at 0.97. In conclusion, the module “Modul Kelompok Bimbingan Integrasi REBT-Tazkiyah An-Nafs” is a novel contribution to counsellors in Malaysia and is appropriate for use in the local context. This module can be applied by counsellors, teachers and even facilitators as an alternative to current interventions for secondary school students or even institutions. Keywords: Diploma students, ‘Modul Kelompok Bimbingan Integrasi REBT-Tazkiyah An-Nafs’, reliability,Validity
Zahir et al. (Thu,) studied this question.