Waqf, as one of the ijtima’ie sector is an important agent for Muslim economic development. However, the abandoned assets of waqf need to be strengthened in order to continue the benefits of the waqf. This study aims to analyze the significance of istibdal concept in waqf management. Content analysis method is applied to discuss the conditions of istibdal implementation from various mazhab and law practitioners to resolve issues arising from the wakaf assets. This study found that istibdal method could be a potencial mechanism to empower waqf asset value within the approval and jurisdiction from state fatwa committee. Comprehensive analysis of administration and laws issues may discussed by sampling methods towards istibdal implementation at related states. It is hoped that the finding on istibdal waqf study will be usefull for the State Islamic Religious Council to enhance waqf management system. ABSTRAK Sektor ijtima’ie adalah merupakan antara agen penting dalam pembangunan ekonomi umat Islam. Ia juga menjadi sebahagian daripada keperluan syarak untuk memberikan kemudahan fasiliti dan mencapai maqasid syariah yang unggul. Oleh itu, ia perlu dipastikan supaya amalan wakaf akan terus memberikan implikasi positif kepada umum dan penerima manfaat wakaf. Namun begitu, aset wakaf yang terbiar dan memaksimakan manfaat wakaf perlu diberikan keutamaan. Ia boleh dilaksanakan melalui kaedah istibdal dalam pengurusan harta wakaf. Oleh itu, perbahasan fuqaha’ dari pelbagai mazhab akan dibincangkan secara khusus berkaitan syarat pelaksanaan hukum istibdal untuk menyelesaikan pelbagai isu yang timbul. Perbahasan dikalangan para pengamal undang-undang juga dikaji mengenai peruntukan perundangan terhadap konsep istibdal ini. Selain itu, penulis juga akan mengupas berkaitan aplikasi istibdal semasa yang berasaskan sistem perundangan sedia ada di Malaysia. Bahkan, kaedah yang bersesuaian berasaskan konsep Istibdal boleh diaplikasikan untuk memantapkan pengurusan wakaf. Walau bagaimanapun, perlaksanaan konsep istibdal ini perlulah mendapat keputusan fatwa dari Jawatankuasa Fatwa Negeri. Sehubungan dengan itu, penulis juga membuat analisa secara komprehensif berkaitan isu-isu pentadbiran dan undang-undang wakaf di Malaysia bersama contoh-contoh perlaksanaan wakaf istibdal di negeri-negeri berkaitan.
No takes yet. Share an insight, caveat, or question.
Sabri et al. (2020) studied this question.