Kajian ini menganalisis ayat-ayat ketuhanan dalam Surah al-Fatihah dan al-Kafirun melalui perbandingan antara dua karya tafsir utama iaitu Tafsir al-Quran al-Azim karya Ibn Kathir dan Mafatih al-Ghayb karya Fakhruddin al-Razi. Kedua-dua tokoh ini hidup dalam zaman yang berbeza dan membawa pendekatan metodologi yang berbeza, namun keduanya merupakan antara mufassir paling berpengaruh dalam tradisi keilmuan Islam. Fokus diberikan kepada tiga konsep utama ketuhanan iaitu rububiyyah, uluhiyyah serta asma' wa sifat. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis teks dan analisis komparatif terhadap sumber-sumber primer kedua-dua tafsir tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Ibn Kathir menggunakan pendekatan tafsir bil-ma'thur yang bersandar kepada riwayat hadith dan kata-kata sahabat. Al-Razi pula menggunakan pendekatan tafsir bil-ra'yi yang menggabungkan analisis linguistik, hujah teologi Asy'ariyyah serta falsafah dalam memahami ayat-ayat tersebut. Walaupun kedua-dua mufassir berbeza dari sudut metodologi, mereka bersetuju bahawa kekuasaan Allah adalah mutlak dan penyembahan adalah hak eksklusif Allah semata-mata. Selain itu, kedua-duanya menegaskan bahawa lakum dinukum wa liya din merupakan pernyataan pemisahan akidah yang tegas, bukan pengiktirafan pluralisme agama. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih komprehensif tentang kepelbagaian metodologi tafsir dalam tradisi keilmuan Islam serta relevansinya dalam wacana pengajian al-Quran kontemporari. This study analyses verses on divinity in Surah al-Fatihah and al-Kafirun through a comparative examination of two major works of Quranic exegesis, namely Tafsir al-Quran al-Azim by Ibn Kathir and Mafatih al-Ghayb by Fakhruddin al-Razi. Both scholars lived in different historical periods and adopted distinct methodological approaches, yet both remain among the most influential exegetes in the Islamic scholarly tradition. The focus is placed on three primary concepts of divinity namely rububiyyah, uluhiyyah and asma' wa sifat. A qualitative approach is employed through textual analysis and comparative analysis of the primary sources of both exegetical works. The findings reveal that Ibn Kathir adopts the tafsir bil-ma'thur approach, relying on prophetic traditions and companions' statements. Al-Razi, on the other hand, employs the tafsir bil-ra'yi approach, integrating linguistic analysis, Ash'ari theological arguments and philosophical reasoning in understanding the selected verses. Despite their methodological differences, both exegetes agree that Allah's sovereignty is absolute and worship belongs exclusively to Allah alone. Furthermore, both affirm that lakum dinukum wa liya din constitutes a firm declaration of creedal separation rather than an endorsement of religious pluralism. This study contributes to a more comprehensive understanding of the diversity of exegetical methodologies within the Islamic scholarly tradition and their relevance to contemporary Quranic studies.
No takes yet. Share an insight, caveat, or question.
Muheji et al. (2026) studied this question.
Synapse has enriched 5 related papers. Consider them for comparative context: