Answers are grounded in this paper and cite their sources.
Dunia yang semakin berubah dengan pelbagai isu teknologi tentang keselamatan siber perlu diberi perhatian yang serius. Ancaman siber bukan sahaja menggugat Malaysia malah negara-negara lain juga mengalami masalah yang sama. Bagi mengatasi masalah ini elemen kesedaran dalam kalangan pengguna Internet amat diperlukan. Hal ini kerana dengan kesedaran keselamatan siber yang tinggi kita mampu mengurangkan jenayah siber di dalam negara. Tambahan pula, kesedaran yang tinggi juga turut menentukan amalan yang baik dalam kalangan pengguna Internet. Dalam konteks ini amalan merujuk tindakan pengguna Internet terhadap penyalahgunaan siber. Justeru, kajian ini menerokai pengalaman pengguna Internet terhadap amalan keselamatan siber yang meneliti empat aspek iaitu buli siber, pornografi, e-mel phishing dan pembelian dalam talian. Kajian ini juga memilih pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah kumpulan fokus yang terdiri daripada 35 orang informan yang mempunyai pengalaman dalam menggunakan Internet. Antara hasil kajian yang menarik ialah rata-rata informan biasa melayari laman pornografi tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan. Selain itu, informan juga turut menggunakan beberapa aplikasi Internet untuk melindungi kegiatan mereka daripada diketahui oleh orang lain. Dapatan lain ialah, rata-rata informan lebih gemar membeli barangan dalam talian di media sosial seperti Facebook dan Instagram yang mana platform tersebut tidak mempunyai sebarang pengiktirafan bagi tujuan perniagaan. Kata Kunci: Keselamatan siber, pengguna Internet, buli siber, pornografi, e-mel phishing, pembelian dalam talian.
No takes yet. Share an insight, caveat, or question.
Pitchan et al. (2019) studied this question.
Synapse has enriched 5 related papers. Consider them for comparative context: