Answers are grounded in this paper and cite their sources.
Marriage is a holy path that binds couples and spouses together. The happy knot however, when failed to be protected, eventually drives pair to end their marriages with separation or divorce. This study was aimed at identifying the trend and divorce factors among couples in Selangor from 2011 to 2015. Data are acquired through the method of documentation and interview. The divorce trend from 2011 – 2015 attained are classified according to gender, marriage period and couple’s age while the reason and factors data presented based on complaints at the Selangor Islamic Religious Department. Data is then analyzed through quantitative study and presented in the form of frequency and percentage. The results showed that there was an increase in divorce rates from 2011-2015 and the cases varies according to gender, period of marriage and also the couple’s age. Responsibility negligence among the couple is the highest factor contribute to the divorce in Selangor, followed by miss-communication, personal ethics, third party interference, low religion education, economy, sexual, career, health. The most least is the cultural differences. Various approaches and cooperation of all parties are needed to mobilize and to curb this divorce issue from rising further. ABSTRAK Perkahwinan merupakan suatu jalan suci yang mengikat pasangan suami dan isteri, namun apabila ianya gagal dipertahankan, ramai pasangan mengambil keputusan mengakhiri perkahwinan mereka dengan perpisahan atau perceraian rumah tangga. Kajian ini dibuat bertujuan bagi mengenal pasti trend dan faktor perceraian rumah tangga dalam kalangan pasangan suami isteri di Negeri Selangor dari tahun 2011 hingga 2015. Data kajian ini diperolehi menerusi metode dokumentasi dan temubual. Trend perceraian dikemukakan dari tahun 2011 hingga 2015 mengikut kategori jantina, umur perkahwinan serta umur suami dan isteri manakala faktor perceraian dikemukakan berdasarkan data aduan di Jabatan Agama Islam Selangor. Data yang diperoleh dianalisis secara kuantitatif dan dikemukakan dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kadar perceraian dari tahun 2011 hingga ke tahun 2015 yang direkod di Negeri Selangor. Kes-kes perceraian pasangan suami berlaku adalah berbeza mengikut kategori jantina, umur perkahwinan serta umur suami dan isteri. Pengabaian tanggungjawab antara pasangan merupakan faktor paling tinggi berlakunya perceraian rumah tangga dalam kalangan pasangan suami isteri di Negeri Selangor diikuti dengan faktor masalah komunikasi, akhlak dan sosial, campurtangan pihak ketiga, lemah didikan agama, ekonomi, seksual, kerjaya, kesihatan dan faktor yang paling rendah ialah disebabkan perbezaan budaya. Pelbagai pendekatan dan kerjasama semua pihak penting digembleng bagi membendung isu perceraian ini daripada terus meningkat.
No takes yet. Share an insight, caveat, or question.
Majid et al. (2017) studied this question.
Synapse has enriched 10 related papers. Consider them for comparative context: